Syarikat Edisi Unggul telah mula beroperasi
pada tahun 2003 dan telah diperbadankan
di bawah Akta Syarikat 1965 dengan nama Edisi Unggul (M) Sdn. Bhd. Perniagaan
utama Edisi Unggul ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek,
pastri dan piza.
Edisi Unggul(M) Sdn. Bhd. pada masa
itu telah diasaskan oleh Ahmad Bin Salleh sebagai Pengarah Urusan. Beliau
adalah orang penting yang telah memartabatkan Edisi Unggul selama lebih 10 tahun dalam bidang roti, kek dan pastri.
Edisi Unggul (M) Sdn. Bhd. telah
mengorak langkah pengkomersilan dengan mendaftar jenama LAZIZ BAKERY pada tahun
2013. Ini membuatkan ianya mempunyai identiti yang tersendiri. Hasil daripada
kawalan kualiti yang tinggi serta usaha pengurusan pasaran yang konprehensif,
Edisi Unggul telah mempunyai banyak rangkaian agen penjual yang terdiri
daripada kedai runcit dan pasar mini di sebahagian besar di daerah Temerloh.
Selain itu juga, Edisi Unggul telah
berjaya membuka beberapa outlet di bawah pengurusan syarikat yang bertempat di
Hentian Rehat Dan Rawat Temerloh (Arah Barat).
Sehingga kini, setiap pelanggan
Edisi Unggul tidak akan mengalami masalah kelewatan menerima pesanan kerana
syarikat Edisi Unggul akan membuat penghantaran secara terus dari kilang.
Pada keseluruhannya, Edisi Unggul
merupakan syarikat bumiputera yang mampu berdaya saing dengan syarikat-syarikat
pengeluar produk seumpamanya yang telah lama bertapak dan terkenal. Ini
terbukti kerana Edisi Unggul (M) Sdn. Bhd. berada di bawah pengurusan yang
berpengalaman daripada pengasasnya, Ahmad Bin Salleh dan diteruskan oleh
pengurusan baru yang telah berjaya bertahan secara tektikal walaupun di dalam
keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Ini menunjukkan produk Edisi Unggul
merupakan salah satu produk yang telah mendapat tempat di hati masyarakat.
Dengan kesempatan ini, syarikat Edisi Unggul (M) Sdn. Bhd. akan cuba
meningkatkan lagi kualiti dan menghasilkan produk baru yang inovatif disamping
memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.

No comments:
Post a Comment